Bazirkan peluang tak lantik Azalina, Shahril – Syed Saddiq

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan telah membazirkan peluang terbaik dalam pemilihan kabinetnya dengan tidak melantik individu yang mempunyai komitmen bagi membina negara.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, nama-nama seperti Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari merupakan individu yang bagus.

Syed Saddiq turut mempersoalkan lantikan beberapa menteri yang jelas tidak mempunyai prestasi baik dalam kerajaan sebelum ini.

“Mengapa pemimpin yang ada rekod buruk masih lagi jadi sebahagian daripada kerajaan ini?

“Inilah sebab utama kenapa UMNO kononnya ingin menumbangkan kerajaan gagal sebelum ini tapi apabila UMNO ada kuasa melantik Kabinet baharu, benda sama juga yang dibuat.

“Jadi, kerajaan gagal sebelum ini hanya mengambil cuti lebih kurang dua minggu sebelum kembali masuk bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiada TPM, empat Menteri Kanan kekal, Khairy terajui KKM

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut mempersoalkan ketiadaan Azalina dalam barisan Jemaah Menteri kali ini.

Pada masa sama, beliau turut menyifatkan Kabinet baharu sebagai komposisi yang sama dengan Kabinet semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kanak-kanak tiada wakil yang boleh dipercayai. Bagaimana Azalina dikecualikan (dalam barisan Kabinet)?

“Ahli politik yang sama bergilir-gilir memegang jawatan di Putrajaya.

“Kabinet Ismail Sabri sama sahaja, tidak memberi inspirasi seperti Kabinet Muhyiddin.

“Sekarang saya mahu Ismail Sabri lantik Azalina jadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk semak dan imbang,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Kabinet baharu di bawah teraju Ismail Sabri menyaksikan tiada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya empat Menteri Kanan dalam Kabinet terdahulu dikekalkan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Dr Radzi Md Jidin.

Azmin kekal dengan portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Fadillah (Kerja Raya) dan Dr Radzi (Pendidikan).

Hishammuddin pula beralih menerajui Kementerian Pertahanan dalam pengumuman yang dibuat Ismail Sabri sebentar tadi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This