Tampak gah dan glamor, namun siapa sangka di sebalik tabir, kerjaya di awan biru sebagai pramugari bukanlah seperti apa yang dijangka. Penyanyi yang juga bekas pramugara, Zarul Umbrella berkongsi pengalaman dan menyatakan tanggungjawab ketika menjaga lavatory atau tandas cukup mencabar.
Mana tidaknya, ada segelintir penumpang tidak menggunakan tandas sebaiknya dan meninggalkan kotoran sehingga menyukarkan kru kabin membersihkannya.
“Cabin Crew dan Lavatory (Toilet)
Lavatory ni tanggungjawab setiap pramugari dan pramugara, on ground masuk2 kapal je pramugari akan pastikan lavatory ni berada dlm keada baik dan berfungsi sepenuhnya (flush, tap water etc)
Pramugari yg jaga toilet ni juga akan pastikan toilet roll, sabun, toiletries dan bunga cukup utk sepanjang penerbangan atau tugasan yg dia bakal jalankan, kalau tak dia kena request dgn catering. Bila semua cukup sebelum boarding dorang akan spray2 bagi toilet tu wangi2
Yang paling mencabar kalau citer bab lavatory ni bila mana ada penumpang2 yg tak reti nak “aim” ke lubang toilet sampai berkecah lantai dan ada juga dah habis “bisnes” tak reti nak flush, dan ada juga yg dah flush tp “sisa” masih disitu ? yg ni lah yg terpaksa cabin crew hadap.. nak tak nak kena jugak cuci .. jirus ngan air panas sambil tutup hidung, kalau sisa tu ‘scary’ sgt sambil pandang dinding toilet jirus je kat toilet bowl??kadang2 sampai nak terjeluak
Kawan2 cabin crew saya pasti bnyk pengalaman cuci toile ni kan?? Share skit haha.”
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai.



Foto : Zarul Umbrella

