Kepala ular yang ditemui dalam hidangan disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah.

SEORANG pramugara berdepan detik mengerikan apabila menemui kepala ular dalam hidangan yang disediakan sebuah syarikat penerbangan tambang murah.

Kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pramugara terbabit sedang bertugas bagi penerbangan ke Dusseldorf, German dari Ankara, Turkiye pada Khamis lalu.

Difahamkan, penemuan kepala reptilia terbabit berlaku selepas beberapa kru kabin membuat aduan bahawa makanan yang disediakan telah berkulat.

“Pramugara terbabit telah bertindak mengoyakkan bekas makanan tengah hari yang disediakan sebelum melihat terdapat kepala ular yang sedang merenung tepat ke arahnya,” memetik laporan The Sun.

Malah, krew kabin SunExpress telah merekodkan penemuan kepala ular terbabit dan dimuat naik ke laman sosial bagi mendapatkan respon daripada syarikat yang bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja, difahamkan kejadian terbabit bukanlah pertama kali berlaku dalam makanan yang disediakan syarikat penerbangan mereka.

Sebuah akhbar tempatan Turkiye mendakwa , sebelum ini, krew kabin telah membuat aduan terdapat kumbang dan siput di dalam hidangan.

Baca artikel berkaitan : Ratusan anak ular diselamatkan di dalam saluran pembentung

Dalam pada itu, syarikat SunExpress yang berpangkalan di Turkiye berkata hidangan terbabit sama sekali tidak boleh diterima.

“Keutamaan kami adalah memberikan perkhidmatan berkualiti dan penerbangan yang selamat kepada penumpang serta kakitangan pesawat.

“Tuduhan dan perkongsian yang tertulis dalam akhbar mengenai perkhidmatan makanan di dalam pesawat sama sekali tidak boleh diterima dan siasatan terperinci akan dijalankan.

“Sehingga proses siasatan selesai, semua langkah dan tidakan pencegahan seperti menghentikan bekalan produk berkaitan dilaksanakan serta-merta,” kata mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram