SEBANYAK 19,268 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor mencatatkan penularan lebih rendah iaitu 3,567 kes.
Bagaimanapun, empat negeri merekodkan kes melebihi 2,000 kes iaitu Sabah (2,310 kes), Johor (2,265 kes), Kedah (2,084 kes) dan Sarawak (2,028 kes).
Pada masa sama terdapat tiga lagi negeri mencatatkan kes melebihi 1,000 penularan iaitu Pulau Pinang (1,780 kes), Kelantan (1,308 kes) dan Perak (1,144 kes).
Terendah ialah Labuan (2 kes), Putrajaya (41 kes) dan Perlis (71 kes).
Baca artikel berkaitan: Kemasukan pesakit kategori 4,5 Covid-19 ke ICU hospital Lembah Klang berkurangan
20,579 kes baharu, Selangor 4,591, Kuala Lumpur 680
Berikut pecahan kes mengikut negeri.
Sehingga 30 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,268 kes (1,725,357 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 3,567 (599,624)
WPKL – 672 (172,236)
Sabah – 2,310 (145,249)
Johor – 2,265 (136,488)
Sarawak – 2,028 (114,273)
Kedah – 2,084 (97,100)
Negeri Sembilan – 269 (91,261)
Pulau Pinang – 1,780 (84,759)
Kelantan – 1,308 (76,047)
Perak – 1,144 (66,889)
Melaka – 395 (48,141)
Pahang – 788 (43,335)
Terengganu – 544 (32,884)
WP Labuan – 2 (9,808)
WP Putrajaya – 41 (5,373)
Perlis – 71 (1,890)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

