JUMLAH penularan baharu COVID-19 hari ini turun kira-kira 2,000 kes berbanding semalam apabila 20,579 kes dilaporkan.
Jumlah itu susulan bilangan kes yang lebih rendah di kebanyakan negeri berbanding semalam terutama di Selangor.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor melaporkan 4,591 kes baharu berbanding 5,814 semalam.
Kedua tertinggi ialah Sabah dengan 2,578 kes diikuti Sarawak 2,522 kes.
Selain itum lima lagi negeri melaporkan kes melebihi empat angka iaitu Johor (1,852 kes), Kedah (1,755 kes), Pulau Pinang (1,378 kes), Kelantan (1,316 kes) dan Perak (1,208 kes).
Baca artikel berkaitan: 22,597 kes baharu, Perak kembali lebih 1,000 jangkitan
COVID-19: Kapasiti hospital di Selangor makin lega, turun 35 peratus
Kuala Lumpur kembali mencatatkan kes bawah 1,000 dengan 680 kes dilaporkan hari ini.
Selain itu, Negeri Sembilan konsisten melaporkan kes yang lebih rendah berbanding beberapa minggu lalu apabila sebanyak 329 kes direkodkan hari ini.
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan antara negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dengan kira-kira 80 peratus populasi dewasa sudah lengkap divaksin.
Terendah ialah Labuan dengan dua kes diikuti Putrajaya (48 kes) dan Perlis (56 kes).
Sehingga 29 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,579 kes (1,706,089 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,591 (596,057)
WPKL – 680 (171,564)
Sabah – 2,578 (142,939)
Johor – 1,852 (134,223)
Sarawak – 2,522 (112,245)
Kedah – 1,755 (95,016)
Negeri Sembilan – 329 (90,992)
Pulau Pinang – 1,378 (82,979)
Kelantan – 1,316 (74,739)
Perak – 1,208 (65,745)
Melaka – 636 (47,746)
Pahang – 839 (42,547)
Terengganu – 789 (32,340)
WP Labuan – 2 (9,806)
WP Putrajaya – 48 (5,332)
Perlis – 56 (1,819)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

