Sempena bulan kemerdekaan Malaysia tahun ini , kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul ‘Kita Punya Malaysia versi Akustik’.
Lagu asal Kita Punya Malaysia oleh kumpulan yang dianggotai oleh Sam, Paan dan Youk ini pernah menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 & 2019.
“Mengambil kira suasana kemerdekaan tahun ini dimana negara masih lagi ‘berperang’ dengan virus Covid-19, Bunkface mengambil langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai.

“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotism dikalangan peminat dan pendengar muzik kami walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,” kata Bunkface.
Single Kita Punya Malaysia versi akustik boleh distrim di platform digital seperti Spotify, Joox, Youtube Music dan Deezer. (https://bfan.link/kita-punya-malaysia-acoustic)

