Emas Ziyad dibatalkan, netizen Malaysia sifatkan satu ‘rompakan’

Dari Penulis

EMAS Paralimpik Tokyo milik Muhammad Ziyad Zolkafli dalam acara lontar peluru kategori F20 dibatalkan susulan bantahan daripada kontinjen Ukraine.

Protes lemah yang diterima penganjur membuatkan warga maya Malaysia menyifatkan keputusan tersebut satu ‘rompakan’ terhadap emas Ziyad.

Walaupun Ziyad lambat memasuki call room sebelum pertandingan, namun ia sesuatu yang bersifat teknikal dan tidak harus menjejaskan penyertaan atlet.

Apatah lagi Ziyad dibenarkan mengambil bahagian dengan melengkapkan semua lontarannya sebentar tadi.

Keputusan di laman web Paralimpik Tokyo menyaksikan Ukraine yang melakukan protes berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.

Baca artikel berkaitan: Muhammad Ziyad raih emas, pecah rekod dunia

Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.94 meter sekali gus menduduki tempat pertama selain memecahkan rekod dunia.

Susulan bantahan itu, pingat emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30 meter.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan bersama ketua kontinjen Malaysia berada di lapangan mengemukakan protes balas.

“Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga negara sedang protes.

“Protes dikemukakan termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan,” kata Ahmad Faizal menerusi Facebook beliau yang memaklumkan bantahan balas Malaysia akan dibawa ke mesyuarat ketua kontinjen esok pagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This