KJ pengerusi mesyuarat KKM, bincang strategi tangani COVID-19

Dari Penulis

WALAUPUN hari ini merupakan cuti umum, namun Khairy Jamaluddin yang kini menerajui kementerian paling kritikal dalam peperangan melawan COVID-19 ternyata tidak membuang masa.

Beliau hari ini terus mempengerusikan mesyuarat pertama bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya.

Khairy yang memasuki pejabatnya secara rasmi petang semalam selepas selesai majlis mengangkat sumpah jawatan Kabinet berkata, mesyuarat hari ini diadakan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan tentang fungsi dan operasi kementerian.

“Selain itu, (mesyuarat) membincangkan isu-isu semasa berkaitan KKM dan merangka strategi kesihatan dalam menangani pandemik COVID-19,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Menurut laman media sosial KKM, mesyuarat pagi tadi itu turut dihadiri oleh kedua-dua timbalannya, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, Datuk Aaron Ago Dagang, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Turut terlibat, Setiausaha Bahagian dan pengurusan tertinggi dalam membincangkan isu-isu semasa berkaitan KKM dan merangka strategi kesihatan dalam menangani pandemik COVID-19.

Baca artikel berkaitan: KJ mulakan tugas rasmi sebagai Menteri Kesihatan

KKM kendali program vaksin, MOSTI tumpu R&D – PM

Petang semalam ketika memasuki pejabatnya secara rasmi, Khairy menyifatkan jawatan menteri dipegangnya ketika ini adalah yang paling mencabar sepanjang kariernya

Beliau berjanji akan memberikan ‘sepenuh tenaga yang ada’ untuk menjadikan Malaysia selamat dari wabak dan muncul lebih kuat selepas ini.

“Tanpa kesihatan, tiada kesejahteraan. Asasnya adalah kesihatan,” kata Khairy dalam ucapan ringkasnya kepada warga kementerian itu sempena pelancaran Hari Kebangsaan peringkat KKM petang semalam.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This