Keseronokan 18 penjawat awam ‘berpesta’ di pusat hiburan terbantut, diserbu polis awal pagi

Dari Penulis

WALAUPUN Lembah Klang masih di tahap Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tetapi nampaknya ramai yang telah tidak sabar untuk keluar berhibur dengan rakan-rakan dengan menyertai mereka di premis hiburan secara beramai-ramai.

Bagaimanapun, keseronokan mereka, termasuk 18 penjawat awam ‘berpesta’ di pusat hiburan yang terletak di Puchong, Selangor terganggu apabila pihak polis mengadakan serbuan pada kira-kira 1.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 62 individu berada di dalam premis itu membabitkan lapan individu termasuk tiga wanita yang bekerja sebagai pengurus serta pelayan selain 28 pelanggan lelaki dan 26 pelanggan wanita.

“Daripada jumlah itu, seramai 18 penjawat awam dikenal pasti berada di dalam premis berkenaan. Malah, ada di antara pelanggan pusat hiburan itu yang sedang leka minum minuman keras,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

BERITA TERKINI Polis serbu pesta dadah di kondo, 8 termasuk 4 wanita warga asing dicekup

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan di dalam pusat hiburan terbabit mendapati premis itu dalam keadaan gelap serta lampu berkelip-kelip, selain kedengaran muzik dimainkan dengan kuat.

Anbalagan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati seorang lelaki positif dadah jenis methamphetamine, manakala selebihnya negatif dadah.

“Sebanyak 62 kompaun dikeluarkan dalam operasi berkenaan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1955, Peraturan 16 Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 dan Seksyen 76 AKta Eksais 1976,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

CEO PSM mengaku tidak bersalah minta RM1 juta, terima rasuah RM450,000

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas...

More Articles Like This