68 peratus dewasa lengkap vaksinasi, 289,958 dos diberi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR pemberian vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus berjalan lancar mengikut perancangan dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok.

Walau bagaimanapun, jumlah pemberian harian sedikit menurun semalam kepada 289,958 dos di seluruh negara.

Jumlah itu merangkumi 136,177 bagi suntikan dos pertama dan 153,841 untuk dos lengkap.

Sehingga semalam, peratusan vaksinasi populasi dewasa negara merekodkan pencapaian memberangsangkan apabila 68 peratus telah pun lengkap divaksinasi.

Setakat ini, sebanyak 36.431 juta dos telah pun diberikan merangkumi vaksin dos tunggal dan juga dua dos.

Peratusan 68 peratus itu meliputi 15.926 juta individu yang telah pun menerima imunisasi sejak PICK dilancarkan penghujung Februari lalu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan 87.8 peratus populasi dewasa negara telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: 336 kematian, 66.3 peratus kes baharu belum divaksin

Kata JKJAV, jumlah itu meliputi 20.543 juta individu.

Menurut JKJAV, empat wilayah atau negeri telah pun mencapai kadar imuniti kelompok setelah jumlah populasi dewasa melebihi 80 peratus iaitu Lembah Klang, Labuan, Sarawak dan Negeri Sembilan.

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 5.947 juta atau 70.6 peratus populasi.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 1.788 juta (63.5 peratus populasi) di Sarawak; 1.451 juta (38.4 peratus populasi) di Johor; 1.219 juta (31.2 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 938,821 (36.7 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Pulau Pinang menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 844,650 individu melengkapkan dua dos diikuti Kedah (759,573) dan 672,524 di Negeri Sembilan.

“Seterusnya, Pahang berjumlah 631,219; Kelantan telah mencatatkan 598,459 lengkap dos kedua dan 460,136 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 421,163 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 128,834 di Perlis dan 65,248 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 6.935 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.285 juta individu.

Ia diikuti Sarawak 1.856 juta; Sabah (1.721 juta); Perak (1.361 juta) dan Pulau Pinang (1.191 juta).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This