Sekolah di Labuan dibuka 3 Oktober, mula dengan Tingkatan 5, 6

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) bersetuju untuk membuka semula sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan mulai 3 Oktober depan dengan fasa pertama membabitkan pelajar Tingkatan 5 dan 6.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan di Labuan itu dibuat setelah menilai bahawa pulau bebas cukai ini adalah satu-satunya wilayah negeri dan Persekutuan yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) dengan jangkitan COVID-19 yang dapat dikawal.

“Memandangkan Labuan telah memasuki Fasa 4 PPN, sekolah-sekolah dapat dibuka kembali pada 3 Oktober bagi Tingkatan 5 dan 6, dan pembukaan semula sekolah di pulau ini akan dilakukan secara berperingkat,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan guru besar dan pengetua di Labuan, bertempat di dewan konvensyen sebuah resort di Labuan, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Sekolah dibuka pada 3 Oktober di negeri-negeri Fasa 2 dan 3 PPN – Menteri Pendidikan

“Lebih baik buka sekolah tahun 2022,” – Dr Sheikh Muszaphar bimbang keselamatan pelajar, kes Covid-19 masih lebih 20K setiap hari

Katanya, fasa kedua sekolah akan dibuka semula membabitkan pelajar lain (murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah Tingkatan 1, 2, 3 dan 4) dengan kapasiti (kehadiran) 50 peratus akan dilakukan dalam tempoh dua minggu akan datang (selepas 3 Oktober) melalui kaedah ‘flip classroom’.

Radzi berkata KPM telah menerima input dan pandangan mengenai cadangan pembukaan semula sekolah dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan semalam yang dianggotai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari dan Pengerusinya Rithuan Ismail. – BERNAMA

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This