311 kematian, 308 kes baharu kategori 3 hingga 5

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 311 lagi kematian akibat COVID-19 melibatkan 270 warganegara dan 41 lagi bukan rakyat Malaysia dilaporkan hari ini.

Korban yang dilaporkan hari ini juga naik mendadak berbanding 272 kematian angkara COVID-19 semalam.

Jumlah 311 korban itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian telah pun mencecah 18,802 setakat ini.

Sebagai rekod, kes kematian tertinggi sebelum ini adalah sebanyak 393 korban yang dicatatkan 26 Ogos lalu.

Lebih membimbangkan, sebanyak 93 kes meninggal di luar hospital atau jenazah dibawa ke hospital (BID) telah dilaporkan hari ini.

Ia melibatkan 68 rakyat Malaysia dan baki 25 lagi bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian tertinggi hari ini dicatatkan di Selangor melibatkan 55 kes.

Kata beliau, sebanyak 53 kes dilaporkan di Johor, 45 kematian di Sabah dan 43 lagi di Kedah.

“Pulau Pinang melaporkan sebanyak 34 kes kematian diikuti 20 di Perak; 14 korban di Kelantan dan 12 korban di Terengganu.

“Masing-masing 10 kes dikesan di Kuala Lumpur dan Melaka; lima lagi di Pahang serta Sarawak, tiga di Negeri Sembilan dan dua di Perlis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 272 kematian, 268 kes baharu dalam kategori 3, 4 dan 5

Berdasarkan status terkini COVID-19 di Malaysia, sebanyak 1,318 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 977 kes daripadanya disahkan COVID-19 manakala 341 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Sebanyak 735 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan dengan 447 kes disahkan COVID-19 manakala 288 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan

Kes aktif pula telah mencecah 252,002 manakala kes sembuh dicatatkan hari ini sebanyak 18,902.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 18,547 kes baharu hari ini merupakan pesakit COVID-19 bagi kategori 3, 4 dan 5.

Katanya, jumlah 308 kes itu merangkumi 1.66 peratus yang tidak bergejala atau bergejala ringan sahaja.

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak 18,239 kes atau 98.34 peratus daripada keseluruhan kes berada dalam kategori 1 dan 2.

Kata beliau, mengikut status vaksinasi kes COVID-19 hanya 69 kes yang dilaporkan lengkap vaksinasi tergolong dalam kategori 3 hingga 5.

“Secara keseluruhan, 8,088 kes atau 44.4 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada vaksinasi; 4,088 kes (22.4 peratus) tidak lengkap vaksinasi manakala 6,063 kes (33.2 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap berada dalam kategori 1 dan 2,” jelas beliau.

Dr. Noor Hisham berkata, secara keseluruhannya, sehingga 7 September 2021 daripada 1.880 juta kes positif COVID-19, 1.721 juta atau 91.5 peratus adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksin.

Katanya, hanya 159,460 atau 8.5 peratus kes mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This