272 kematian, 268 kes baharu dalam kategori 3, 4 dan 5

Dari Penulis

SEBANYAK 272 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 81 kes merupakan jenazah dibawa ke hospital (BID).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 272 kes kematian hari ini, Selangor dan Johor masing-masing melaporkan 63 kes.

Katanya, Sabah pula mencatatkan 31 kematian, Kuala Lumpur (21), Pulau Pinang (20), Sarawak (17), Kedah (14) dan Negeri Sembilan (sembilan).

“Turut melaporkan kematian hari ini Kelantan dengan lapan kes, Terengganu (tujuh), Melaka dan Pahang masing-masing enam, Perak (lima) dan Perlis, dua,” katanya dalam kenyyataan media hari ini.

Kumulatif kematian akibat COVID-19 kini berjumlah 18,491 kes.

Baca artikel berkaitan: 17,352 kes baharu, Selangor 2,126 kes

68 peratus dewasa lengkap vaksinasi, 289,958 dos diberi

Sementara itu, 20,201 kes sembuh dilaporkan hari ini manakala penularan baharu berjumlah 17,352 kes.

Kata Noor Hisham, sebanyak 975 individu positif COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 435 memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau, hari ini juga menyaksikan 30 lagi kluster COVID-19 dilaporkan dengan 16 daripadanya merupakan tempat kerja manakala tujuh komuniti.

Dalam pada itu, jelas Noor Hisham, daripada 268 kes baharu kategori 3 hingga kategori 5, sebanyak 191 kes (71.3 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 77 kes (28.7 peratus) daripada mereka yang telah lengkap di vaksinasi.

“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This