19,307 kes baharu, Selangor kekal bawah angka 3,000

Dari Penulis

BUAT hari keempat berturut-turut, penularan harian COVID-19 di Malaysia berada di bawah angka 20,000 dengan 19,307 kes dilaporkan hari ini.

Dalam tempoh sama, kes baharu tertinggi masih direkodkan di Sarawak yang mencatatkan 3,118 kes.

Ini diikuti Selangor yang melaporkan 2,700 kes, turun berbanding 2,989 kes semalam.

Terdapat tiga lagi negeri yang melaporkan kes melebihi angka 2,000 hari ini iaitu Sabah (2,298 kes), Pulau Pinang (2,243 kes) dan Johor (2,032 kes).

Kelantan, Kedah dan Perak pula merekodkan kes melebihi 1,000 kes hari ini.

Kes terendah pula direkodkan di Labuan (15 kes) dan Putrajaya (28 kes).

Selepas satu tempoh yang agak lama, Perlis kembali melaporkan penularan sebanyak tiga angka iaitu 108 kes.

Baca artikel berkaitan: 19,733 kes baharu, Selangor menghampiri angka 3,000 kes

18,547 kes baharu, Sabah kembali lebih 2,000

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 9 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,307 kes (1,919,774 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,700 (633,275)
WPKL – 513 (178,670)
Sabah – 2,298 (167,737)
Johor – 2,032 (157,532)
Sarawak – 3,118 (144,030)
Kedah – 1,355 (113,473)
Pulau Pinang – 2,243 (103,149)
Negeri Sembilan – 207 (93,734)
Kelantan – 1,438 (89,725)
Perak – 1,341 (78,817)
Melaka – 340 (51,928)
Pahang – 661 (49,468)
Terengganu – 910 (40,142)
WP Labuan – 15 (9,865)
WP Putrajaya – 28 (5,655)
Perlis – 108 (2,574)


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This