Sedapnya gulai daging kambing bawang goreng ini. Jom cuba resipi yang tidak menggunakan santan ini. Memang puas hati.

Bahan:
1 kg daging kambing ( guna yang ada tulang)
1 paket rempah kari daging
½ paket rempah gulai kawah (jika tiada guna rempah kurma)
4 ulas bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
1 labu bawang besar (blend)
½ in halia (blend)
½ in lengkuas (blend)
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar gula merah
1 paket kecil kerisik
1 cawan bawang goreng – ramas/hancurkan
1- 2 sudu besar susu manis (guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket)
1 tin kecil tomato puri (boleh ganti dgn sos tomato)
3 ketul ubi kentang (potong 4)
2 sudu besar kicap manis (jika suka)
2 sudu besar sos tiram (jika suka)
air secukupnya
Garam dan gula/perasa

Bahan tumis
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan simpul
Minyak

Cara:
1.Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi.
2.Masukkan bahan kisar,tumis sehingga naik bau dan garing.Masukkan cili giling, tumis sekejap lagi.
3.Masukkan gula merah ,Masukkan pes rempah, tumis hingga pecah minyak.Masukkan tomato puri kacau sekejap
4.Masukkan daging, gaul sebati.renehkan biarkan sebentar untuk kecutkan daging dan rempah mesra ke dalam daging.
5.Tambah air hingga paras daging ,masukkan bawang goreng (ramas/hancurkan),kerisik dan susu manis
6.Masak sehingga daging hampir empuk.Masukkan kentang,biarkan hingga kentang empuk.Masukkan garam, gula/perasa. Sesuaikan rasa
7.Akhir sekali masukkan sedikit kicap manis, sos tiram (jika suka) renehkan hingga kuah agak pekat

Resipi : Malina, Pulau Pinang