doa
Seorang remaja melakukan ujian swab secara pandu lalu yang 'didoakan' supaya dijangkiti COVID-19.

TINDAKAN seorang jururawat seolah-olah “mendoakan” seorang remaja dijangkiti virus COVID-19 ketika melakukan ujian swab secara pandu lalu telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen dengan menyifatkan tindakan itu kurang wajar.

Dalam satu video pendek yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @Shuhada Dee kira-kira 4 jam lalu dengan kapsyen “Semoga kene covid lah awak ni” mendapat pelbagai reaksi tidak menyenangkan daripada warnaget.

Tinjuan UtusanTV dalam ruangan komen video tersebut mendapati, rata-rata netizen mengecam tindakan “doa” sedemikian rupa seolah-olah remaja itu telah melakukan satu kesalahan besar kerana tidak menerima suntikan vaksin.

“Apalah doakan org camtu. dh la tgah bertugas,” kata @isytry96

Malah ramai yang meminta supaya perkara ini dibawa ke perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin supaya satu tindakan diambil segera di atas “keculuparan” mulut petugas kesihatan tersebut.

“Gaes mention @khairykj sampai dia notice video macam ni” kata @AS

Setakat ini video tersebut telah mendapat tontonan lebih 450,000 dengan 29,000 tanda suka serta 3,400 komen.

Pengguna Tiktok @Shuhada Dee yang memuat naik video tersebut, turut memohon doakan abah Shafii Harun yang disahkan positif COVID-19.

Remaja yang melakukan ujian swab itu dipercayai menjadi kontak rapat kepada salah seorang ahli keluarganya sebelum bertindak melakukan ujian itu.

Menurut Shuhada lagi, abah kepada remaja berkenaan sekarang menerima rawatan di hospital dan disahkan kategori empat.

Klik untuk saksikan video: https://vt.tiktok.com/ZSe1SAGoP/

Baca artikel berkaitan: Anak tampil terangkan kenapa muat naik video pengorbanan ibu buta selepas tular

Tangkap layar komen netizen.

Hari ini kerajaan mengumumkan Programa Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) akan dilaksanakan secara ‘walk-in’ (jumpa terus) berjadual mulai Khamis ini, bagi memudah dan mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada remaja.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata sebanyak 156 pusat pemberian vaksin (PPV) Awam dan Integrasi di seluruh negara, telah dikenal pasti untuk tujuan itu dengan inisiatif bersama Kementerian Pendidikan.

“Ini setelah mengambil kira PICK populasi dewasa yang hampir mencapai sasaran dan bilangan penerima vaksin di PPV Awam serta Integrasi telah menurun dan semua PPV di bawah CITF Induk juga dijangka akan berhenti beroperasi pada 15 Okt depan.

Dalam pada itu, berdasarkan video yang dimuat naik, ia berkemungkinan berlaku di salah sebuah negeri di pantai timur berdasarkan dialek yang digunakan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram