Penahanan pegawai SPRM bukti tiada siapa yang kebal – MCW

Dari Penulis

PERTUBUHAN bukan kerajaan, Malaysian Crime Watch (MCW) mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawainya yang disyaki terlibat dalam salah guna kuasa, baru-baru ini

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, MCW yakin dan percaya bahawa komitmen SPRM dalam menyiasat pegawai mereka sendiri dan menyelesaikan segera kes tersebut adalah amat terpuji dan perlu diberikan sokongan oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya, agensi penguatkuasaan seperti SPRM pastinya tidak akan berkompromi jika anggota mereka disyaki terlibat walau dalam apa jenis jenayah sekalipun.

“Anggota tersebut perlu disiasat dengan teliti dan dihukum jika benar-benar didapati bersalah.

“Penahanan ini pasti memberikan kesan yang mendalam kepada semua anggota di agensi penguatkuasaan bahawa mereka bukanlah ‘kebal’ dan tidak boleh disentuh oleh sesiapapun,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, masyarakat juga sedar bahawa pegawai agensi penguat kuasa juga bukanlah malaikat yang tidak pernah berbuat salah atau ‘maksum’ (benar-benar bersih) daripada sebarang kesalahan.

Katanya, rakyat Malaysia perlu sentiasa dididik dan disedarkan tentang kewujudan lima mekanisme tanggungjawab yang telah dibentuk dan dilaksanakan bagi bertindak sebagai badan pemantau (oversight committee) Dalam tugas semak dan imbang (check and balance) terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya.

“Pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA) telah dibuat melalui peruntukan undang-undang.

“Manakala pembentukan Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) pula dibuat secara pentadbiran,” katanya.

Kataya, kelima-lima badan khas ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM.

Mekanisme ini akan dapat membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipan undang-undang yang telah ditetapkan, tambahnya.

Beliau berkata, persepsi yang positif terhadap kewibawaan SPRM dan kerajaan akan memudahkan usaha meraih sokongan dan kerjasama masyarakat dalam membanteras jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

“Kita juga perlu sedar bahawa terdapat lebih daripada 180,000 pegawai pelbagai agensi penguatkuasaan di seluruh negara, namun jika hanya segelintir yang tersalah langkah, ini bukanlah bermakna semuanya rosak dan tidak amanah!,” katanya.

Beliau berkata, iindakan tatatertib dan perundangan yang tegas mesti diambil terhadap mereka yang terbabit dan walaupun perkhidmatan mereka kepada negara ini juga penting.

Tindakan segera dan tegas agensi penguatkuasaan seperti SPRM ini adalah gerakan pembersihan yang amat dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia dalam usaha memastikan pelbagai jenayah dapat dibasmi di negara ini, tambahya. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This