KTM siasat dakwaan Sajjad lolos naik gerabak kereta api di Padang Besar

Dari Penulis

PENDEDAHAN bagaimana usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali juga sebagai Nur Sajat menyeberangi sempadan negara tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa menjadi perbualan ramai masa kini.

Usahawan yang menjadi buruan polis Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor kerana mempunyai beberapa kes mahkamah itu dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu di Bangkok.

Dia dipercayai meloloskan diri ke Thailang dengan menaiki gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis dan susulan daripada itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyatakan akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara berkenaan.

Menurut pihak KTMB, fasiliti dan terminal kargo di Padang Besar adalah kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan dan juga Kastam.

Kontena-kontena kargo yang dibawa masuk ke Thailand adalah milik syarikat perkapalan yang telah disewa oleh pelanggan-pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand.

BERITA BERKAITANSajjad sudah ditahan di Thailand, mahu ‘berlindung’ di Australia

KTMB tidak bertanggungjawab di atas kandungan kontena tersebut samada kontena kosong atau bermuatan.

Difahamkan setiap tren kargo yang merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang teliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara di sempadan. Proses berkenaan melibatkan pemeriksaan dokumentasi serta fizikal ke atas gerabak dan juga barangan.

Terdahulu, Muhammad Sajjad dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan sebanyak AS$2,000 (RM8,343) dan diikat jamin oleh kenalannya dari Malaysia. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This