KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan Perkhidmatan tren KTM Komuter laluan laluan Batu Tiga dan Subang Jaya tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik disebabkan alat talian atas terbingkas, pagi ini.
Menurut KTMB, empat tren yang melalui laluan berkenaan ditamatkan di tiga stesen.
“Tren tamat di Stesen Batu Tiga, Stesen Shah Alam dan Stesen Padang Jawa.
“Tren komuter dari Stesen Setia Jaya ke Stesen KL Sentral akan beroperasi mengikut jadual,” jelas KTMB dalam kenyataan.
KTMB menambah, bas perantara disediakan di stesen-stesen terlibat untuk ke Stesen Subang Jaya.
Menurut KTMB, penumpang dinasihatkan menggunakan pengangkutan alternatif untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

