Nama individu enggan divaksin diserah kepada Sultan Selangor

Dari Penulis

SENARAI nama individu yang enggan menerima vaksin COVID-19 akan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat ini.

Memetik laporan BH Online, kesemua individu berkenaan terdiri daripada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pentadbir masjid dan penolong pendaftar nikah di Selangor.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, Sultan Sharafuddin sudah menitahkan supaya beliau memberi perincian berhubung program vaksinasi khas hari ini.

Kata beliau, tindakan terhadap individu yang enggan divaksin akan diteliti termasuk dari segi perundangan dan hukuman.

“Saya dititah oleh Tuanku semalam untuk melaporkan semua maklumat berkaitan program hari ini khususnya siapa yang tidak hadir dan enggan untuk divaksin.

“Tuanku amat prihatin kerana kumpulan ini juga barisan hadapan dan perlu ambil tindakan sewajarnya.

“Tugas saya di peringkat jabatan, saya akan berbincang dengan timbalan dan pegawai saya serta kita akan merujuk semua peraturan dan tatatertib,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Hampir 19 juta lengkap vaksin, 80.2% populasi dewasa

Penjawat awam wajib ambil vaksin, cadang JPA kepada MKN

Beliau berkata demikian pada program pemberian vaksin melalui pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) khas individu belum divaksin menerusi kerjasama JAIS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan berkata, seramai 872 individu daripada JAIS yang sepatutnya hadir ke program tersebut, namun ada yang menolak.

Katanya, seramai 146 individu telah hadir sehingga pukul 11 pagi tadi, namun 80 peratus daripada jumlah itu menolak untuk divaksin walaupun pegawai kesihatan cuba menasihati dan memberi penjelasan.

“Antara alasan diberikan, ia berkait dengan pegangan dan pemahaman mereka malah sudah dapat petisyen yang dihantar ke pejabat saya dengan hujah seperti peguam beserta lampiran kes dan kenyataan akhbar.

“Program ini tamat pada pukul 3 petang dan kita akan tahu jumlah sebenar yang bersetuju dan menolak untuk divaksin,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This