Kerapu gergasi 160 kg ditangkap di Labuan, dijual RM8,000

Dari Penulis

IKAN kerapu gergasi atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “keratang” seberat 160 kilogram (kg) berjaya ditangkap di sini, dan dijual dengan harga RM8,000 kepada sebuah restoran makanan laut, Fishermen Harbour Restaurant di Paragon, semalam.

Dullah Latif, 64, berkata beliau mengarahkan pekerjanya ke perairan Marine Farms (kira-kira 100 batu nautika dari Labuan) untuk memancing pagi Sabtu, apabila mereka dikejutkan dengan kemunculan ikan gergasi itu, Ahad.

“Selepas lebih 30 minit ‘bergelut’ dengan joran, akhirnya barulah kelibat ikan itu kelihatan di permukaan, dan sebaik sahaja mereka nampak (ikan), mereka menjerit kegembiraan, dan mulanya mereka tidak sedar betapa sukar untuk membawa ikan itu naik… tiga orang diperlukan untuk menaikkan ikan itu ke dalam bot,” katanya.

Kerapu yang ditangkap itu berukuran lebih dari tujuh kaki (2.1 meter) panjang.

Dullah berkata ini bukan kali pertama beliau mendapat ‘habuan besar’, kerana menurutnya pada bulan Februari 2019 lepas, beliau pernah menangkap ikan seberat 241kg, yang dijual pada harga RM13,225, dan diikuti dengan tangkapan seberat 165kg dan 135kg.

BERITA BERKAITAN “Rindunya nak makan masakan Ibu,” – Genap 30 hari Siti Sarah pergi, Shuib luah rindu. Kongsi video Ikan Kerapu Cili My Style

Menurut nelayan tempatan, ikan gergasi dari keluarga kerapu itu boleh hidup 30 hingga 50 tahun.

Pemilik Fishermen Harbour Dylan Chua berkata ikan itu akan dihiris kecil dan dimasukkan ke dalam mi sup mereka yang cukup terkenal, direbus dengan sos coklat dan diadun dengan cendawan.

“Ikan itu juga boleh digunakan untuk menu popular kami – digoreng dengan halia dan daun bawang dan digoreng dengan sos kacang hitam,” katanya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This