Rentas negeri selewat-lewatnya pertengahan Oktober

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERGERAKAN rentas negeri dijangka dibenarkan kerajaan selewat-lewatnya pertengahan Oktober depan, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat MPN yang diadakan hari ini dan turut dihadiri beberapa menteri Kabinet.

Menurut Muhyiddin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah membentangkan tentang isu berkenaan yang disifatkan penting untuk difikirkan bersama bagi mempercepat proses pemulihan negara.

Kata beliau, Khairy ada memberikan taklimat berhubung aktiviti rentas daerah yang mana hampir sebahagian besar telah pun boleh merentas daerah.

“Mengenai rentas negeri, kita bersandarkan kepada data kadar vaksinasi meningkat kepada 90 peratus yang dimaklumkan tadi kemungkinan awal Oktober atau selewat-lewatnya pertengahan bulan Oktober.

“Jadi, saudara bolehlah ‘merayau’ ke mana-mana seluruh Malaysia ini tetapi sentiasa ingat tentang prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pergerakan rentas negeri akan dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Baca artikel berkaitan: Rentas negeri dibenarkan selepas capai 90 peratus vaksinasi dewasa – PM

Rentas negeri dijangka dibenarkan tiga minggu lagi

Menurut Ismail Sabri, ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula memaklumkan kebenaran bagi aktiviti rentas negeri dijangka akan diumumkan dalam tempoh tiga minggu lagi.

Mengulas mengenai pembukaan sempadan negara, Muhyiddin memaklumkan, beliau sendiri telah membangkitkan perkara tersebut dengan isu berkenaan akan diperhalusi menteri-menteri terlibat minggu ini.

Katanya, soal pembukaan sempadan perlu diteliti sama ada wajar dilaksanakan bagi membolehkan rakyat Malaysia dapat pergi ke luar negara.

“Ini salah satu keputusan yang saya fikir akan membawa kesan besar kepada negara iaitu sama ada ingin membuka sempadan untuk membolehkan pelawat, peniaga, usahawan dan pelancong kembali datang ke negara kita.

“Saya pun telah minta dan mesyuarat bersetuju supaya perkara itu diteliti. Mungkin ia dah dibawa berbincang dengan Perdana Menteri dan diharapkan akan diumumkan dalam satu tempoh tak berapa lama lagi,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This