Polis buru penjenayah pecah masuk restoran curi RM500

Dari Penulis

POLIS kini giat memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian pecah masuk sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Azrulhisham Mohd Shaffie berkata, video tular itu dikesan pada pukul 2.20 petang hari ini.

Katanya, satu laporan polis telah diterima daripada pengadu yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 38 tahun pada 30 April lalu.

“Pengadu memaklumkan restoran miliknya telah dipecah masuk dan mengalami kerugian sebanyak RM500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu lori dijel sehari, denda RM8,000 selepas tunjuk isyarat lucah dan pandu berbahaya

MAHKAMAH Majistret Balik Pulau hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sehari, denda RM8,000 selain lesen memandu digantung selama lima...

More Articles Like This