Barangan keperluan asas cukup di Labuan walau permintaan tinggi

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak peket dan tepung tetap mencukupi di Labuan meskipun terdapat peningkatan permintaan sepanjang Ramadan.

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain berkata setakat ini, tiada aduan diterima daripada pemborong atau peruncit mengenai kekurangan barangan berkenaan.

Junaidah mengakui kebimbangan dibangkitkan peniaga bazar Ramadan mengenai kekurangan bekalan minyak masak beberapa minggu kebelakangan ini, namun menjelaskan pemborong yang belum menerima stok minyak masak peket akan memperolehinya pada minggu kedua Mac.

Baca artikel lain: Persenda amalan agama lain jejaskan perpaduan – Saraswathy

Beliau juga memaklumkan tiga pemborong utama gula di Labuan telah membekalkan lebih 100,000kg gula kepada pengguna di pulau itu, memastikan tiada masalah dalam memenuhi permintaan.

“Selain itu, penghantaran baru sebanyak 95,040kg gula dijangka tiba sebelum Aidilfitri,” katanya.

Junaidah berkata pejabat KPDN Labuan terus memantau rantaian bekalan untuk memastikan barangan asas kekal tersedia untuk pengguna sepanjang bulan puasa dan musim perayaan akan datang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahmi kesal tindakan Chean Chung letak jawatan dalam PKR

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung yang...

More Articles Like This