Ramai lagi ‘merisik’ peluang kembali ke UMNO – Zahid

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ramai lagi pemimpin terutama dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mengintai peluang kembali kepada parti itu.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO mengalu-alukan ‘sirih pulang ke gagang’ kepada pemimpin yang akhirnya menyedari UMNO sebagai parti yang benar, tulus dan jujur dalam perjuangan kepada agama, bangsa serta negara.

Bukan sahaja dalam kalangan pemimpin, kata beliau, UMNO terbuka kepada ahli parti mana-mana sekali pun kerana parti itu akan menggembleng segenap kekuatan berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, UMNO juga bersedia menerima kembali mana-mana bekas ahli UMNO yang mempamerkan kesetiaan tidak berbelah bahagi seperti Datuk Lokman Noor Adam.

“Beberapa hari lalu, bekas Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya bersama lebih 120 ahli parti itu kembali menyertai UMNO.

“Sebelum itu ada pimpinan Bersatu telah pun terlebih dahulu meninggalkan parti itu bagi menyertai semua parti terbesar bangsa Melayu.

“Difahamkan ramai lagi pimpinan Bersatu merisik peluang kembali ke pangkuan UMNO. Insya-Allah kita perhalusi setiap permohonan dengan berlapang dada dan jiwa yang besar,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: Kepimpinan, akar umbi BERSATU Putrajaya kekal kukuh dan utuh

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, UMNO sentiasa menerima kepulangan bekas ahli parti itu selagi mereka ikhlas dan mempunyai semangat perjuangan UMNO.

“Jangan samakan perkembangan itu dengan perbuatan curang wakil rakyat melompat parti selepas pilihan raya yang jelas merupakan penipuan kepada rakyat.

“Dengan izin dan inayah Allah SWT, Insya-Allah UMNO akan bangkit dan gemilang pada PRU-15,” katanya.

Jumaat lalu, Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya, Datuk Seri Erwan Mohd. Tahir mengumumkan keluar daripada parti itu serta-merta dan kembali menyertai UMNO.

Menurut laporan portal UMNO Online, Erwan menyifatkan keputusan itu dibuat kerana beliau yakin dan percaya hanya UMNO dapat memartabatkan dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, Perlembagaan serta Raja-Raja Melayu seperti dinyatakan dalam asas penubuhan UMNO.

Namun begitu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan akar umbi dan kepemimpinan Bersatu Bahagian Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan kukuh serta utuh.

Hamzah berkata, Erwan sebenarnya telah pun meletakkan jawatannya pada 10 Oktober tahun lalu setelah tewas dalam pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This