PKPD di sebahagian Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai mulai Rabu

Dari Penulis

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sebahagian Kampung Pasir Kelang, Mukim Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan bermula Rabu hingga 19 Oktober ini. 

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata PKPD di ladang dan kilang sawit RMDC Sdn Bhd yang terletak di Raub, Pahang dilanjutkan sehingga 19 Okt ini. 

Mengenai penamatan PKPD, Rodzi menyatakan PKPD tiga kawasan rancangan Felda di Bera, Pahang iaitu Felda Rentam, Felda Tementi dan Felda Sebertak serta Kampung Dusun Pak Senam di Lipis, Pahang dan Kampung Garib di Kudat, Sabah ditamatkan esok.  – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MARA perluas warden bekas tentera ke semua MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua 58 Maktab...

More Articles Like This