Polis rakam percakapan suspek dakwa pelajar maut selepas vaksinasi

Dari Penulis

POLIS telah selesai merakam percakapan beberapa individu termasuk seorang suspek yang terlibat berhubung dakwaan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai, Ipoh meninggal dunia selepas divaksinasi seperti yang tular menerusi media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek wanita berusia 39 tahun itu telah dirakam percakapannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam.

“Kami telah merakam percakapan semua yang terlibat dalam kes ini iaitu pengarah kesihatan Ulu Kinta, pengetua sekolah berkenaan, pegawai perubatan yang merawat pelajar terbabit, keluarga pelajar tersebut serta saksi yang berada bersama suspek semasa membuat kenyataan di dalam video yang tular.

“Semasa rakaman percakapan diambil ke atas suspek, beliau mengaku ada membuat kenyataan di dalam video yang tular tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di SMK St. Michael, Ipoh hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiada kes kematian remaja akibat vaksin COVID-19

Mior Faridalthrash berkata kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 505(b) kanun sama kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam.

Menurutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk melakukan pendakwaan terhadap suspek.

Pada 29 September lepas, Mior Faridalathrash berkata dakwaan dua pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 menerusi rakaman video yang tular adalah tidak benar.

Menurutnya hasil semakan mendapati dua pelajar sekolah berkenaan dilaporkan meninggal dunia sebelum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang bermula pada 20 Sept lepas di negeri ini.

“Seorang pelajar perempuan meninggal dunia disebabkan positif COVID-19 pada 18 Julai manakala seorang lagi pelajar lelaki meninggal dunia akibat sakit jantung pada 17 Sept lepas,” katanya. – BERNAMA

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This