88.4 peratus dewasa divaksin, kurang dua peratus capai sasaran

Dari Penulis

SEBANYAK 88.4 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 setakat semalam

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV), jumlah itu merangkumi 20.81 juta individu.

Berdasarkan statistik JKJAV, kesemua negeri mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa melebihi 70 peratus kecuali Sabah, 62.7 peratus.

Kelantan pula kedua terendah dengan 72.4 peratus diikuti Perak, 76.6 peratus.

Pada masa sama setakat semalam juga, sebanyak 120,402 atau 3.8 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Keseluruhannya, sebanyak 224,034 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 122,153 dos pertama dan 101,881 dos lengkap.

Baca artikel berkaitan: Rentas negeri dibenarkan selepas capai 90 peratus vaksinasi dewasa – PM

Tak lama lagi boleh rentas negeri, KJ ingatkan tanggungjawab

Johor, Perak, Sabah dan Selangor antara negeri mencatatkan pemberian dos vaksin COVID-19 semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,797,925 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Sementara itu lapor portal COVIDNow, 117 kes kematian harian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan 16 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,876.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This