Meekco.Asia jangka peroleh RM2 juta bergelar syarikat Shopify Plus

Dari Penulis

AGENSI digital Malaysia, Meekco.Asia (Meekco) diumumkan sebagai Rakan Shopify Plus bertauliah pertama di negara ini dan dijangka menjana pendapatan RM2 juta (AS$480,000) dalam tahun pertama menjalankan perniagaan berkaitan.

Pengumuman itu menjadikan Meekco – syarikat perdagangan digital sehenti beribu pejabat di Malaysia tersebut mampu menawarkan platform perdagangan perusahaan terkenal seperti yang telah digunakan oleh pelbagai jenama global termasuk ALDO, Netflix dan pereka fesyen terkenal, Diane Von Furstenberg.

Menggabungkan kepakaran industri dan platform bertaraf dunia, Rakan Shopify Plus memberi fokus kepada rumusan perniagaan pertumbuhan tinggi untuk pelanggan.

Dengan status tersebut, Meekco kini dapat menyokong syarikat perniagaan di Malaysia dan rantau Asia Pasifik (APAC) yang ingin mendapatkan platform rumusan perniagaan berkuasa, intuitif dan berskala yang merancang memasuki pasaran global baharu.

“Kami bangga menjadi agensi digital pertama di Malaysia yang menjadi rakan kongsi bertauliah Shopify Plus, ia membuktikan nilai kami sebagai rakan rumusan perusahaan berkelayakan untuk berunding dan melaksanakan platform Shopify Plus kepada mana-mana syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan.

“Peruncit yang bekerjasama dengan Meekco akan mendapat kelebihan kos operasi lebih rendah, waktu pemasaran lebih cepat, jangkauan pasaran global ditingkatkan dan kadar penukaran mata wang dalam talian lebih baik dengan jaminan pulangan pelaburan (ROI) yang lebih tinggi untuk perbelanjaan pemasaran mereka,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meekco, Ching Kah Hing.

“Kami dengan gembira mengalu-alukan penyertaan Meekco sebagai rakan kongsi Shopify Plus pertama di Malaysia, yang akan menyumbang kepakaran tambahan untuk membantu perniagaan tempatan dan serantau dalam memanfaatkan potensi besar dan pertumbuhan pasaran eCommerce Asia dan global yang berterusan,” kata Ketua Perkongsian – Asia Tenggara, Shopify Plus, Neel Bhatt.

BERITA BERKAITAN Platform e-dagang untuk OKU berniaga dalam talian – Rina

Selain, menjadi Rakan Shopify Plus, Meekco juga merupakan Rakan Perniagaan Facebook Pilihan dan Rakan Pengembangan Global Facebook yang disahkan. Syarikat tersebut sedang berusaha untuk mengumpulkan syarikat-syarikat di bawah kumpulan tersebut untuk bekerjasama melalui inisiatif pendidikan e-dagang, bersama-sama dengan rakan-rakan ekosistem lain termasuk Grabpay, Hoolah, EGHL, Janio dan DHL Express.

Meekco juga berhasrat untuk memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan peluang penjualan rentas sempadan untuk peruncit luar talian dan pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pelbagai sektor perniagaan termasuk fesyen, gajet, elektronik rumah atau gaya hidup. Ia juga merancang untuk melibatkan semua pemilik jenama langsung yang ingin memperoleh pemerolehan pasaran langsung ke pengguna. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This