Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Erra Fazira

“TAK betul,” jelas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung dakwaan mengaitkan beliau sebagai suami pelakon terkenal, Erra Fazira.

Penafian tersebut dibuat Menteri Belia dan Sukan itu kepada portal Sinar Harian.

Sejak pagi ini hangat diperkatakan mengenai Erra Fazira yang didakwa baru melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli politik terkenal sebagai isteri kedua.

Gosip tersebut menjadi perhatian ramai pengguna media sosial setelah beberapa portal mengaitkan nama Ahmad Faizal sebagai ahli politik yang dimaksudkan.

Malah, laman Facebook Ahli Parlimen Tambun itu juga menyaksikan komen-komen netizen yang bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, pelakon jelita berusia 40-an itu telah menafikan dakwaan beliau sudah menamatkan status ibu tunggal dengan seorang ahli politik.

Baca artikel berkaitan: Erra Fazira jawab gosip kahwin VVIP – “…saya masih ibu tunggal. Sudah-sudahlah mainkan cerita fasal status…

Gosip Erra Fazira sudah berkahwin, jadi isteri kedua ahli politik?

Ahmad Faizal yang merupakan bekas Menteri Besar Perak berkahwin dengan Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed dan mempunyai dua orang anak.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram