BAGI peminat K-drama, semestinya hero yang berwajah mulus dan ‘flawless’ menjadi igauan ramai gadis di negara ini.

Bukan sahaja berbakat di dalam lakonan, malah mereka juga amat menitikberatkan penjagaan wajah dan bentuk badan untuk kekal muda dan sihat.

Nak tahu siapa 10 selebriti lelaki Korea yang tetap ‘maintain’ jambu dan tampan walaupun sudah berusia lingkungan 30-an? Jom baca bawah ni!

1) Kim Soo-Hyun


Kim Soo-Hyun merupakan salah seorang pelakon Korea dengan bayaran tertinggi sehingga mencecah RM 646,350 (US$ 155,000) bagi setiap episod yang dilakonkan. Popular dengan drama bertajuk “It’s Okay to Not Be Okay”, walaupun sudah berusia 33 tahun, namun wajahnya tetap seperti jejaka 20an! Soo-Hyun juga merupakan model terbaru dari produk penjagaan muka terkenal Korea iaitu COSRX.

2) Lee Min-ho


Lee Min-Ho merupakan pelakon yang paling dikenali di Malaysia menerusi lakonan hebatnya dalam drama ‘Boys over Flower’ pada 2009. Siapa sangka, Min-Ho kini berusia 34 tahun! Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malahan Min-Ho juga berkebolehan dalam nyanyian dan dunia peragaan.

3) Lee Jong-Suk


Mula debut pada 2005 menerusi ‘runway model’ di Minggu Fesyen Seoul, pelakon drama ‘While You Were Sleeping’ itu kini sudah berusia 32 tahun. Setelah tamat dari latihan ketenteraan pada awal Januari lalu, Jong-Suk sudah mula menerima tawaran berlakon untuk sebuah filem bertajuk ‘Decibel’. Setelah lama menyepi, semestinya lakonan hebat Jong-Suk ditunggu-tunggu oleh peminatnya!

4) Hyun Bin


Pelakon Hyun Bin pernah menggemparkan industri K-drama apabila membuat pengumuman mengenai hubungan cintanya dengan Son Ye Jin yang juga merupakan heroin di dalam drama terbaru mereka iaitu ‘Crash Landing on You’. Walaupun Hyun Bin kini berusia 39 tahun, tetapi dia masih menjadi idaman wanita lebih-lebih lagi mempunyai sosok wajah yang tampan dan berkarisma.

5) Song Joong-Ki


Pernah menjadi ahli tetap Running Man pada awalnya, Song Joong-Ki kini lebih dikenali dengan lakonan hebatnya seperti Descendants of The Sun, Space Sweepers dan Vincenzo. Siapa sangka Joong-Ki yang dilahirkan pada 19 September 1985, kini sudah berusia 36 tahun dengan rupa parasnya yang seakan pemuda 20an! Joong-Ki pernah mendirikan rumah tangga pada 2017 bersama Song Hye-Kyo namun hubungan mereka tidak dapat bertahan lama dan berpisah dua tahun kemudian.

6) Ok Taecyeon


Penyanyi terkenal kumpulan 2PM yang berasal dari Seoul ini bukan sahaja hebat dalam nyanyian, malah sangat berbakat dalam lakonan dan menulis lagu! Dilahirkan pada 27 Disember 1988, Taecyeon yang kini berusia 32 tahun terus popular dengan lakonan hebatnya sebagai penjahat menerusi drama ‘Vincenzo’. Teacyeon juga sangat fasih berbahasa Inggeris, Korea dan Jepun. Kumpulan 2PM yang sebelum ini memilih berehat selama lima tahun, kini kembali membuat kemunculan semula dalam industri muzik sejak Jun lalu.

7) Lee Seung-Gi


Penyanyi, pelakon dan pengacara Lee Seung- Gi ini dilahirkan pada 13 Januari 1987 dan berusia 34 tahun. Dia yang juga merupakan antara artis terkenal di Korea Selatan sempat digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon Lee Da In. Walau bagaimanapun, hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada netizen di Korea.

8) Lee Joon-Gi

Meskipun dah masuk usia 39 tahun, namun pelakon drama ‘Flower of Evil’ iaitu Lee Joon-Gi masih dianggap seperti pelajar lepasan sekolah! Apa tidaknya, wajahn Joon-Gi yang berdagu runcing, kulit ‘flawless’ membuatkan dirinya masih lagi menjadi igauan wanita yang menonton lakonannya. Selain berlakon, dia juga memiliki bakat dalam nyanyian, tarian dan peragaan.

9) Lee Je-Hoon


Mendapat pendidikan di Korea National University of Arts, bakat lakonan Lee Je-Hoon tidak dapat disangkal oleh peminat K-drama. Pada usia 37 tahun, Je-Hoon sudah membintangi sejumlah drama dan filem yang menjadi bualan peminat K-drama seperti Taxi Driver, Move to Heaven, Architecture 101 dan My Paparotti.

10) Ji Chang-Wook


Rupa paras pelakon dan penyanyi Ji Chang-Wook sememangnya membuatkan gadis tidak keruan bila memandangnya! Popular dengan drama ‘Suspicious Partner’, Chang-Wook yang berusia 34 tahun masih kekal awet muda. Sehingga kini, dia masih lagi tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana wanita.