Pemimpin UMNO, Pas bertemu ‘cari titik persamaan’, perteguh ukhuwah

Dari Penulis

WALAUPUN ada pihak yang mempertikaikan mengenai pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kurang bersetuju dengan tindakan Pas menyertai Perikatan Nasional (PN), namun semakin ramai pemimpin parti itu telah mengadakan perjumpaan sesama mereka bagi meningkatkan perhubungan mereka.

Ketika Ahmad Zahid sebelum ini memperkatakan mengenai ‘The Real Muafakat Nasional’ yang mempertikaikan hubungan kedua-dua parti itu, pemimpin UMNO dan Pas peringkat negeri Selangor misalnya telah mengadakan pertemuan baru-baru ini bagi membincangkan persiapan Pilihan Raya Umum.

Hari ini, beberapa pemimpin kanan UMNO dan PAS sekali lagi mengadakan pertemuan dipercayai membincangkan mengenai kemelut politik Melaka dan persediaan menghadapi pilihan raya negeri selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

Melalui sekeping gambar yang dikongsi di Facebook Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, kelihatan beberapa pemimpin kanan kedua-dua parti tersebut sedang melakukan perjumpaan dipercayai diadakan di sebuah restoran.

Pemimpin UMNO yang hadir ialah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Asyraf Wajdi sendiri, manakala PAS pula diwakili timbalan presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden, Idris Ahmad.

“Sama-sama mencari titik-titik persamaan demi memperteguh ukhuwah,” kata Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook beliau.

Pada Ahad, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta pihak yang bersama di bawah Muafakat Nasional (MN) supaya terus konsisten melakukan rundingan bagi memastikan perpaduan gabungan tersebut dicapai.

BERITA BERKAITAN UMNO dan Pas Selangor kekal pertahankan piagam Muafakat Nasional

Bagaimanapun selepas Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Bersatu yang menyebabkan hubungan UMNO dengan Pas dan Bersatu menjadi agak renggang.

Jika pilihan raya negeri diadakan di Melaka bagi mendapatkan mandat baru membentuk kerajaan, ia akan menjadi medan ujian pertama buat UMNO untuk menguruskan perbezaan mereka dengan PN dan PAS dengan pertemuan hari ini dijangka akan mengembalikan mereka bersama. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HAWANA 2026: ‘Jangan sampai buang pekerja’, Fahmi tegaskan bantu syarikat media

HARI Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bersiaran langsung di lapangan Butterworth, Pulau Pinang, minggu lalu dihadiri pengamal media pelbagai cabang...

More Articles Like This