Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) akan dilaksanakan oleh sektor perbankan di dalam masa terdekat sejajar dengan usaha membantu peminjam yang berada dalam kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.

Menurut Perdana Menteri, URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.

Katanya, program ini turut merangkumi peminjam yang berada dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar atau gross household income kurang dari RM5,880 sebulan.

“Kemudahan yang ditawarkan ialah pengecualian faedah untuk tiga (3) bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk pengurangan kadar faedah.

“Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman/ pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat datipada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bangunan Bank Negara Malaysia GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: PM lancar Skuad Keluarga Malaysia, selaras mekanisme penyampaian bantuan

PEMULIH: Moratorium pinjaman bank selama 6 bulan

Jelas Ismail Sabri, Program URUS ini telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan butiran lanjut program URUS akan diperincikan Kementerian Kewangan.

Kata Perdana Menteri, inisiatif oleh sektor perbankan jelas mencerminkan semangat Keluarga Malaysia dan melengkapkan usaha Kerajaan untuk membantu golongan peminjam B50 yang sebelum ini telah pun mendapat manfaat dari program moratorium yang diumumkan di bawah pakejpakej bantuan dan rangsangan Kerajaan sejak Mac 2020.

“Kerajaan berharap dengan pendekatan whole-of-nation dan penyatuan usaha seluruh rakyat Malaysia, kita mampu merealisasikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram