Korang tahu tak ada di antara artis-artis tanah air kita sebenarnya mempunyai ‘bau-bau bacang’ serta pertalian darah sesama artis?

Ada yang merupakan adik-beradik, ada yang mak saudara, bapa saudara dan ada juga yang sebenarnya sepupu.

URTV ingin kongsikan 10 pasangan selebriti Malaysia yang merupakan sepupu. Jom baca!

Rosyam Nor dan Faizal Hussein

Hero Malaya Datuk Rosyam Nor yang digilai oleh para gadis ketika dahulu telah memulakan kerjaya dalam bidang lakonan sebaik tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dia mengikuti sepupunya yang juga seorang pelakon hebat Faizal Hussein.

Mereka sama-sama berlakon dalam filem Gila-Gila Remaja di mana Faizal memegang watak utama sebagai Roy yang ditayangkan pada 1985.

Untuk pengetahuan pembaca, usia mereka adalah sebaya iaitu 54 tahun dan Faizal juga merupakan sepupu kepada penyanyi popular, Datuk Khadijah Ibrahim.

Fattah Amin dan Syamsul Yusof

Datuk Yusof Haslam, penerbit dan pengarah popular di Malaysia yang juga ayah kepada Syamsul Yusof sebenarnya bapa saudara kepada Fattah Amin dari sebelah bapanya.

Fattah yang sebelum ini pernah memasuki pertandingan Hero Remaja, terlebih dulu melibatkan diri dalam industri seni sebagai kru belakang tabir.

Pada 2018, filem KL Special Force telah ditayangkan dan mereka digandingkan bersama dalam filem tersebut.

Fattah dilahirkan pada 14 September 1990 manakala Syamsul Yusof pada 21 Mei 1984.

Datin Lisa Surihani dan Hunny Madu

Pelakon cantik manis Datin Lisa Surihani dan pengacara Hunny Madu juga merupakan sepupu. Lisa pernah memuat naik gambar di Instagram miliknya bersama Hunny dengan kapsyen ‘kami adalah sepupu.’

Perbezaan umur mereka hanya dua tahun di mana Lisa dilahirkan pada 21 Mac 1986 manakala Hunny pada 1 April 1984.

Marsha Milan dan Linda Nanuwil

Peserta program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Marsha Milan Londoh dan naib juara AF2, Linda Nanuwil juga mempunyai pertalian darah.

Marsha yang dilahirkan pada 6 Disember 1985 dan berketurunan Kadazan-Dusun telah meraih tempat keempat dalam AF2.

Sementara itu, Linda yang sebelum ini lama menghilang dari radar dunia seni, membuat kemunculan selepas menyertai program Gegar Vaganza 2020 sekaligus memenangi tempat kelima.

Linda dilahirkan pada 21 Mac 1984 dan kini berusia 37 tahun.

Harris Anmuar dan Neelofa

Selebriti dan usahawan terkenal tanah air, Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, merupakan sepupu kepada salah seorang peserta Hero Remaja 2017/2018 iaitu Harris Annuar.

Harris dilahirkan pada 14 Mei 1993 manakala Neelofa pada 10 Februari 1989.

Aleza Shadan dan Jasmin Hamid

Pelakon filem Pusaka, Aleza Shadan merupakan sepupu kepada Gigi Hadid Malaysia! Pasti semua tertanya, siapakah gerangan Hadid Malaysia tersebut??

Itu adalah gelaran yang diberikan netizen kepada pelakon Jasmin Hamid apabila wajahnya ketika muda disamakan seperti model antarabangsa berkenaan.

Aleza yang dilahirkan pada 21 November 1975 manakala Jasmin Hamid pula pada 15 September 1974.

Fauziah Ahmad Daud dan Radhi Khalid

Pemegang watak utama dalam filem lagenda Ali Setan, Fauziah Ahmad Daud adalah sepupu kepada seorang pelakon, pelawak dan personaliti televisyen Malaysia iaitu Radhi Khalid.

Penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 1986 menerusi filem Ali Setan itu yang lebih senang dengan panggilan Ogy, 59 tahun pernah berkongsi status hubungannya dengan Radhi menerusi akaun Instagram miliknya. 

Ogy dilahirkan pada 10 Oktober 1962 manakala Radhi Khalid pada 4 Februari 1964.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram