SEORANG kanak-kanak perempuan autisme berusia lapan tahun ditemukan meninggal dunia selepas terkurung dalam sebuah van selama tiga jam, semalam.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah pemandu van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan polis mengenai kematian kanak-kanak autisme yang mempunyai masalah pembelajaran itu pada pukul 7.46 malam.

Kata beliau, mangsa sepatutnya dihantar ke pusat jagaan harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van.

Namun begitu, beliau memaklumkan, pemandu van itu telah pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van.

“Pemandu van dipercayai tanpa menyedari mangsa berada di dalam van selama tiga jam dari pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang di hadapan rumahnya sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri.

Baca artikel berkaitan: Bekas Ketua Pengarah MSN meninggal dunia

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian berkenaan, Mohd. Said berkata, polis telah menahan pemandu van berusia 34 tahun itu dengan tahanan reman akan dipohon, hari ini.

“Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti kejadian yang berlaku.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011.

“Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan untuk mengesahkan punca kematian,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram