Ramai rentas negeri, aliran trafik lebuh raya naik mendadak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ALIRAN trafik di kebanyakan lebuh raya utama negara merekodkan peningkatan mendadak bagi tempoh tiga hari susulan kebenaran pergerakan rentas negeri mulai Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, secara keseluruhan, sebanyak 3.8 juta kenderaan dikesan di lebuh raya utama negara sejak Isnin lalu.

Kata beliau, tiga lebuh raya utama mencatatkan peningkatan aliran trafik sebaik sahaja aktiviti rentas negeri mula dibenarkan.

Menurut Mohd. Nadzri, Lebuh Raya Utara Selatan merekodkan sebanyak 1,075,408 kenderaan diikuti Lebuh Raya KL-Karak berjumlah 97,758 manakala Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) pula menyaksikan sebanyak 34,041 kenderaan.

“Tinjauan trafik oleh JSPT di tujuh plaza tol utama lebuh raya juga mendapati berlaku peningkatan ketara aliran jumlah kenderaan.

“Plaza Tol Gombak menunjukkan peningkatan kenderaan paling ketara iaitu sebanyak 108 peratus atau 57,719 kenderaan berbanding 27,204 kenderaan pada hari Rabu minggu lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nadzri berkata, Plaza Tol Jalan Duta turut menunjukkan lonjakan aliran kenderaan iaitu sebanyak 27 peratus iaitu sebanyak 54,733 kenderaan, Rabu lalu berbanding 43,138 pada 6 Oktober lalu.

Selain itu, aliran di Plaza Tol Sungai Besi membabitkan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban juga naik sebanyak 30 peratus iaitu 35,881 kenderaan.

Baca artikel berkaitan: Pemeriksaan rawak ke atas pergerakan rentas negeri – Hishammuddin

“Di Plaza Tol Skudai, Johor pula, aliran trafik meningkat sebanyak 13 peratus iaitu 18,336 kenderaan berbanding 16,213 kenderaan dan begitu juga situasi di Plaza Tol Juru iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus atau 39,068 kenderaan berbanding 30,668 kenderaan.

“Keadaan trafik di Plaza Tol Bentong turut menunjukkan peningkatan sebanyak 52 peratus iaitu 40,039 berbanding 26,415 kenderaan, manakala di Plaza Tol Karak, aliran trafik merekodkan penambahan sebanyak 31 peratus atau 9,561 berbanding 7,278 kenderaan sebelum ini,” jelas beliau.

Mohd. Nadzri berkata, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan syarikat pengendali lebuh raya sentiasa memantau status pergerakan trafik serta memastikan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di kemudahan yang disediakan sepanjang lebuh raya.

“JSPT juga bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya bagi tujuan itu.

“Tindakan advokasi dan penguatkuasaan akan dilaksanakan kepada masyarakat serta pengguna jalan raya,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This