Kereta dirempuh kereta perisai ATM, guru menang kes tuntutan sivil

Dari Penulis

SELEPAS menunggu dua tahun, seorang guru menang kes tuntutan sivil terhadap pemandu perisai Gempita AV8 milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merempuh kereta Wira yang dipandunya dalam kejadian pada 2019.

R Santhi, 52, turut menamakan ATM sebagai defendan kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Lingkaran Tengah, berhampiran Ampangan, Negeri Sembilan.

Majistret Naziah Mohd Alias membenarkan tuntutan sivil R Santhi dengan sepenuhnya bagi ganti rugi khas dan am termasuk faedah dan kos.

Naziah memutuskan bahawa defendan cuai sepenuhnya dalam kemalangan yang berlaku pada 4 Ogos 2019 selepas meneliti segala keterangan yang dibicarakan.

Peguam, N Naresh berkata, keputusan itu memberi keadilan kepada anak guamnya selepas lebih dua tahun terbabit dengan kemalangan berkenaan.

Menurut Naresh, keputusan yang memihak anak guamnya itu bukan semata-mata kemenangan berkaitan ganti rugi yang dituntut tetapi keadilan dapat dipertahankan.

“Saya berpendapat, kenderaan berat seperti kereta perisai yang mempunyai sudut pandangan terhad perlu diiringi pengawal trafik daripada ATM atau dibantu polis trafik untuk kawalan lalu lintas.

“Ia supaya kenderaan berat ini tidak memberi risiko kepada pengguna jalan yang lain dan juga kerosakan harta benda.

“Secara tidak sengaja, pihak berkuasa yang sepatutnya mempertahankan rakyat boleh mencederakan rakyat sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

BERITA BERKAITAN Ebit Lew akhirnya jejakkan kaki ke Gaza, luah rasa sebak seperti balik kampung sendiri

Naresh berpendapat, sudah tiba masanya ATM meneliti semula prosedur konvoi yang membabitkan kenderaan besar seperti kereta perisai Gempita supaya tidak mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Sementara itu, Santhi memaklumkan kemenangan itu sekali gus memberi keadilan kepadanya.

“Selama 17 tahun, itulah kenderaan yang saya gunakan untuk berulang alik dan menjadi kereta kesayangan keluarga saya.

“Saya bersyukur kerana selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja,” katanya.

Harian Metro pada 6 Ogos 2019 melaporkan, kereta perisai milik ATM terbabit kemalangan dengan Proton Wira di Jalan Lingkaran Tengah, berhampiran Ampangan, pada 4 Ogos 2019.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dilaporkan berkata, kejadian jam 4.30 petang itu berlaku ketika kereta perisai berkenaan dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan, Pahang menuju ke Port Dickson. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MARA perluas warden bekas tentera ke semua MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua 58 Maktab...

More Articles Like This