Rakyat Malaysia dibenarkan menunaikan umrah, operasi R&R dibenarkan 24 jam – PM

Dari Penulis

MESYUARAT Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju melonggarkan lagi beberapa prosedur operasi standard (SOP), termasuk membenarkan rakyat menunaikan ibadat umrah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, SOP pelaksanaan pelancongan ke luar negeri bagi tujuan umrah telah dibentangkan di Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik pada 27 September 2021 diwartakan selaras dengan pengumuman kebenaran rentas negeri dan negara bermula 11 Oktober 2021.

“Sehubungan iiu, jemaah dibenarkan mengerjakan umrah selaras dengan keputusan memansuhkan keperluan MyTravelPass untuk ke luar negara. Kebenaran ini berkuatkuasa Isnin ini (18 Oktober),” katanya dalam satu kenyatan akhbar hari ini.

Selain itu, antara ketetapan lain yang turut diputuskan hari ini ialah operasi Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya dalam negara dibenarkan beroperasi penuh 24 jam, bermula esok.

Ismail Sabri berkata, kenderaan e-hailing juga dibenarkan mengambil penumpang berdasarkan kapasiti tempat duduk kenderaan bagi semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula esok.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju mengurangkan tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi ‘kontak rapat’, berkuatkuasa Isnin.

Dalam arahan terbaharu, tempoh kuarantin tujuh hari di rumah dikenakan bagi mereka yang lengkap divaksin, manakala tempoh kuarantin 10 hari di rumah dikenakan bagi mereka yang tiada/tidak lengkap divaksin.

Bagi pengembara dari luar negara pula, tempoh kuarantin tujuh hari di rumah (jika sesuai) atau stesen kuarantin dikenakan bagi pengembara dengan vaksinasi lengkap, manakala kuarantin 10 hari di stesen kuarantin dikenakan bagi mereka yang tiada/tidak lengkap vaksin.

Mesyuarat jawatankuasa juga hari ini membenarkan pembukaan perkhidmatan pusat siber dan kafe siber dengan kapasiti 80 peratus bagi negeri-negeri di Fasa 3 dan 100 peratus bagi Fasa 4, berkuatkuasa Ahad ini.

Sementara itu, mesyuarat hari ini juga membenarkan aktiviti ‘Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions’ (MICE) dibenarkan di negeri-negeri PPN Fasa 3 secara bersemuka, melibatkan individu yang telah lengkap divaksin berkuatkuasa 18 Oktober dengan syarat-syarat seperti berikut;
• Melaksanakan ujian saringan COVID-19 (pre-event test) melalui kaedah saliva test atau RTK-Antigen,
• Mematuhi penjarakan fizikal
• Memakai pelitup muka
• Kapasiti 50% mengikut ruang – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama tenaga, jamin bekalan minyak jangka panjang

MALAYSIA dan Rusia meneroka kerjasama strategik baharu dalam sektor tenaga, termasuk usaha memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga dan minyak jangka...

More Articles Like This