Di Malaysia ni, di mana-mana sahaja orang akan cakap pasal politik. Ia sudah jadi sebahagian daripada budaya kita. Tapi walaupun kita selalu bercakap pasalnya, tak semestinya semua orang suka dan tak semua orang faham sebenarnya pasal politik, termasuklah Sis.

Masa zaman belajar dulu – macam dah lama tapi sebenarnya baru berapa bulan yang lepas, Sis selalu je dengar orang cakap pasal politik termasuklah kawan-kawan sendiri tapi Sis bersyukur pensyarah tak pernah buka mulut pasal hal-hal politik ni.

Sejujurnya Sis tak suka bukannya sebab apa, sebab macam mana pun kita cakap mesti akan jadi macam berdebat dah kat situ padahal semua orang kena hormati pendapat masing-masing, betul tak?

Sis ni jenis atas pagar, tak pernah nak sokong dan tak pernah nak bantah – sebab apa?

Sebabnya adalah sebagai manusia yang hanya nak dunia ni selamat dan tenang untuk kesihatan mental diri sendiri, Sis tak suka politik ni sebab dia lah punca segala masalah-masalah kat negara ni tapi Sis akan sokong mana yang Sis rasa betul tak kisah lah dari parti mana-mana. Kalau seseorang tu reti buat kerja dia dan bawa negara kita ke hadapan, kenapa kita tak nak sokong orang tu?

Dah lama Sis tengok ‘political landscape’ kat Malaysia dan dunia ni, selain daripada tamak kuasa, ada satu lagi tema yang selalu ada kat politik Malaysia ni: sikap “Saya betul” dan bukannya, “Ini yang betul untuk negara”.

Sempena zaman politik tukar PM macam tukar baju ni, Sis sebagai rakyat Malaysia yang nak negara maju dan hak semua orang dipelihara, boleh tak Sis minta ahli politik kita buang sikap “Saya betul” dan mesti fikir apa yang betul untuk negara kita dahulu?

Tak semestinya yang kamu kata betul itu elok untuk negara kita. Yang kamu kata betul itu adalah itu untuk memuaskan ego masing-masing dan bukannya demi kebaikan negara.

Sis sebenarnya tak faham, ahli politik kita ni asyik gaduh macam budak 10 tahun main Facebook pasal siapa salah siapa betul tapi tak nak sama-sama fikir macam mana nak stabilkan negara kita ni atau nak tengok negara dah hancur lari pergi tempat lain? Kalau macam tu, okay juga kurang lah manusia tak function kat Malaysia ni.

Tapi sebagai rakyat Malaysia yang tak pernah doa nasib malang sesiapa, Sis nak ahli politik kita jadi matang dan jadi pemimpin yang boleh majukan negara kita – bukannya suka hati nak jatuhkan orang yang kamu tak suka.

Ingat ni zaman sekolah ke, nak tukar-tukar ketua kelas sebab tak suka? Kalau orang tu tak buat kerja, boleh lah nak buat macam tu. Ni kalau niat semata-mata dengki dengan orang tu, pergi tengok langit, sentuh rumput ke apa ke. Tu dah penyakit dah tu.

Sis pun nak nasihat juga kat rakyat Malaysia ni, hal-hal politik ni tolonglah jangan lah bergaduh dengan kawan-kawan sebab korang tak setuju dengan pendapat dia. Bukannya dia betul 100%, kamu pun tak betul sepenuhnya juga. Kita semua mesti ada kekurangan sesuatu tapi yang paling penting kita hormati pendapat orang lain, bukannya ikut kamu je nak bantai kat Twitter pastu takda isi pun – macam orang antivaksian… Ini Sis bincangan lain hari ye.

Sekali lagi Sis nak kata, Sis ni bukan pakar politik dan tak tahu banyak benda, tapi satu benda yang Sis tahu adalah hak kita semua sebagai rakyat Malaysia termasuklah ahli-ahli politik. Kita ada hak untuk negara yang bukan sahaja maju tapi negara yang buat kita rasa selamat, bagi kita pekerjaan, bagi kita belajar.

Sejak pandemik ni korang semua tahu negara kita macam mana tapi syukur korang dah boleh balik kampung tengok orang tua, pergi bercuti, beli Starbucks lah apa lah. Semua ni terjadi sebab Kementerian Kesihatan kita buat kerja yang sangat bagus untuk memastikan negara kita kembali kepada normal. Macam mana dorang buat? Sebab dorang fikir pasal apa yang betul untuk negara dan bukannya apa yang betul untuk diri dorang sendiri.

Malaysia ni okay je, lagi okay lah dari negara lain yang masih berperang, takda makanan, takda air – ok takda air tu, sebagai rakyat Selangor saya terasa tapi Malaysia ni memang okay. Tapi kalau ahli politik kita kurang berfikir tentang diri sendiri dan terbuka hati untuk bekerjasama untuk kebaikan semua orang, mungkin Malaysia ni akan jadi lebih maju.

Memang takda manusia yang sempurna dan macam mana pun, mesti wujud kebangkaian politik tu, tapi kurangkan lah pergaduhan tu selagi boleh elak dan buat kerja korang dengan ikhlas dan bukannya untuk kuasa.

Itu sahaja dari sis Wara minggu ni ye, semua. Kalau tak setuju takpa, sis hormati pendapat anda semua. Salam Sabtu!