Pendaki 52 tahun meninggal dunia ketika turun Gunung Lambak

Dari Penulis

SEORANG pendaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Gunung Lambak dekat Kluang, tengah hari tadi. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang Pegawai Bomba Kanan II Norhakim Nordin berkata, mangsa Teo Chee Kiong@Tiu Chee Kiong, 52, yang mendaki seorang diri, dipercayai mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan turun dan dijumpai orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata sejurus menerima panggilan pada pukul 12.25 tengah hari, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan di tempat kejadian, dipercayai mengalami serangan jantung,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat Teo dibawa turun dari puncak gunung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This