PUNB tawar moratorium penuh, diskaun sewa bantu usahawan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERBADANAN Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengumumkan pemberian moratorium penuh ke atas prinsipal dan keuntungan kepada rakan usahawan yang layak.

Pada masa sama, agensi itu turut menawarkan tambahan diskaun sewa sebanyak 20 peratus kepada 70 peratus bagi penyewa premis perniagaan PUNB mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2021.

Penambahbaikan tersebut dibuat ke atas pelaksanaan moratorium sebelum ini yang hanya melibatkan pembayaran prinsipal dan tawaran diskaun 50 peratus bagi sewa premis perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, langkah proaktif itu diambil bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan membantu usahawan yang dalam proses pemulihan ketika negara sedang bersedia memasuki fasa endemik.

Menurut beliau, pemberian moratorium dan penambahan diskaun sewa itu juga bagi memberi kelegaan aliran tunai segera kepada usahawan yang mungkin menghadapi kekangan kewangan sementara akibat pandemik COVID-19.

“Semua rakan usahawan PUNB yang telah mendapat moratorium bagi tempoh Januari hingga Jun; usahawan baharu; penerima pembiayaan tambahan dan syarikat yang menerima pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Bantuan Bumiputera (BRF) dan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) secara automatik layak menerima inisiatif ini.

Baca artikel berkaitan: Ahmad Nazlan dilantik Pengerusi PUNB baharu

“Pemberian moratorium bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 ini memberi manfaat kepada hampir 3,300 syarikat Rakan Usahawan PUNB berjumlah RM118.51 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Izwan berkata, pemberian diskaun tambahan ke atas sewa premis perniagaan pula melibatkan anggaran kutipan sewa sebanyak RM6.78 juta bagi tempoh Januari hingga Disember melibatkan seramai 246 penyewa.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif tersebut, rakan usahawan boleh menghubungi pegawai pemantauan yang telah ditugaskan menyelia akaun mereka melalui telefon atau e-mel masing-masing.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This