MUHYIDDIN Yassin ketika mempengerusikan mesyaurat MPN - Gambar WartaRakyat

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Pemulihan Negeri perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi mempercepatkan proses pemulihan negara pasca pandemik.

Beliau berkata majlis itu boleh menjadi jambatan antara kerajaan negeri dan Persekutuan bagi melancarkan proses pemulihan yang dirancang. 

Menurutnya dalam beberapa sesi dialog sebelum ini, antara perkara yang dibangkitkan oleh peserta berhubung Majlis Pemulihan Negara adalah mengenai kaitannya dengan kuasa kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT); dan bukannya (melibatkan) kuasa Persekutuan sahaja.

”Oleh itu bagi mempercepatkan proses pemulihan, saya harap kerajaan-kerajaan negeri (dapat) menubuhkan majlis itu dan ia mempermudahkan urusan MPN,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sesi Dialog Pemain Industri Sektor Ekonomi dan Sosial Negeri Melaka di Melaka, hari ini. 

Mengenai sesi dialog hari ini Muhyiddin berkata antara pandangan yang diterima daripada pemain industri pelancongan adalah supaya pembukaan pintu sempadan negara disegerakan agar pelawat asing dapat datang ke negara ini untuk melancong.

”Perkara ini ada dalam pertimbangan kerajaan dan saya akan kemukakan lagi pandangan itu dalam mesyuarat MPN yang akan datang,” katanya. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram