“Tiada kerjasama UMNO-Bersatu. Noktah” – Ahmad Zahid

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak timbul isu kelewatan membuat keputusan berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu memandangkan perkara tersebut sudah lama diputuskan sejak Perhimpunan Agung UMNO lepas.

“Untuk Bersatu kita telah buat keputusan. Kita tidak akan pernah bekerjasama dengan mereka… noktah. Tak lambat dah… dulu dah… masa Perhimpunan Agung UMNO kita dah buat keputusan kita.

“Itulah keputusan kita dan kita muktamadkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya di Melaka, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

BERITA BERKAITAN Apa pun, PN sedia berdepan saingan tiga penjuru – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya tidak boleh menunggu terlalu lama ‘rakan di sebelah sana’ untuk membuat keputusan sama ada sedia bekerjasama atau tidak, semata-mata bagi mengelak pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sementara itu Ahmad Zahid yakin BN mampu menang pada PRN Melaka berdasarkan ‘permasalahan’ di ‘pihak sebelah sana’ ketika ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This