Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan program Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 – “Musical Land Below The Wind”.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah akan bermula pada 23 dan 24 Oktober 2021 (Sabtu & Ahad) yang akan disiarkan melalui saluran media Sosial JKKN TV.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha memelihara tradisi seni tari dan muzik negeri Sabah, selain memperkenalkan aktiviti kesenian dalam usaha merancakkan industri kreatif di Sabah.
Rhythms of Kinabalu (ROK) telah dianjurkan sejak tahun 2011 hingga 2017, sebelum disambung semula pada tahun 2021 dengan konsep dan norma baru. Persembahan yang ditampilkan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Penganjuran program ini diharap membantu menyemarakkan kesenian dan industri pelancongan negara khususnya di Sabah, selain memperkenalkan ritma dan muzik tradisional Sabah bukan sekadar hiburan, tetapi juga agar tidak luput ditelan zaman.

Pengisian aktiviti dipelbagaikan dan diberi suntikan baru. Antara pengisian ROK 2021 adalah persembahan muzikal ‘Land Below The Wind’ yang merangkumi nyanyian, tarian, koir, okestra muzik, produk seni budaya dan pelancongan negeri Sabah.
Antara selebriti tempatan yang membuat persembahan menjayakan ROK 2021 pada kali ini adalah Jimmy Palikat, Francis Landong, Fauziah Gambus, Canang Busker, Razali Kulintangan, dan ramai lagi termasuk Maya Hejnowska yang merupakan Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021.
Ramai pemuzik dan ahli kelab kesenian di Sabah turut terlibat. Antaranya kumpulan Tagap Dance, Pratama Dance, D’Step, serta kumpulan kesenian JKKN Sabah, pemuzik tempatan tradisional Sabah, kumpulan pemuzik Okestra Moden (UMS), dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan RHYTHMS OF KINABALU @ ONLINE 2021 bermula malam ini dari pukul 8.00 hingga 10.00 malam secara langsung di media sosial JKKN TV.

__________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

