SELEPAS Kementerian Kesihatan mengumumkan larangan mengadakan perhimpunan atau sebarang aktiviti berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak juga dijangka membuat keputusan yang sama.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, larangan perhimpunan atau majlis sosial berkaitan PRN Sarawak akan ditentukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Beliau berkata, jawatankuasa itu akan membuat keputusan yang memberi manfaat secara menyeluruh kepada masyarakat
“Kita tunggu sahaja keputusan yang akan dibuat JPBNS dalam masa terdekat ini.
BERITA BERKAITAN Pelbagai pihak, termasuk pemimpin kerajaan bantah larangan berkempen di PRN Melaka
“JPBNS akan membuat keputusan selepas mendapat pandangan daripada pihak yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti yang dilaporkan BH Online
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai larangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan sebarang perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya, termasuk pelancaran jentera bermula hari ini sehingga 27 November depan.
Abdul Rahman berkata, keputusan dibuat KKM untuk memastikan jangkitan COVID-19 dapat diminimumkan.
“Kelonggaran yang diberikan kerajaan sebelum ini untuk memastikan masyarakat dapat kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini.
“Namun terdapat segelintir masyarakat yang mengabaikan SOP ditetapkan kerajaan,” katanya. – Agensi
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

