PEMLIHAN Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai Naib Presiden bagi Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 di Geneva, Switzerland tahun depan merupakan satu penghomatan besar kepada Malaysia dan Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau percaya pemilihan ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada para petugas barisan hadapan kesihatan negara yang terus komited memikul dan melaksana tanggungjawab dalam melawan pandemik COVID-19.
“Saya berharap dengan pengiktirafan ini Malaysia akan meneruskan kelantangan dalam memperjuangkan isu-isu seperti kesaksamaan akses vaksinasi untuk negara-negara membangun dan berani menyuarakan isu-isu kesihatan awam dunia bukan sahaja untuk kepentingan negara tetapi juga untuk kepentingan serantau,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian dalam ucapan tahniah beliau di atas pelantikan Khairy menerusi Facebook beliau sebentar tadi.
Khairy dipilih secara sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke-72, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sementara itu, kata Muhyiddin, selaku Naib Presiden, beliau Khairy akan menggunakan peluang ini untuk memastikan Malaysia akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam program-program kesihatan dunia khususnya ketika negara berada dalam fasa pemulihan pasca pandemik.
“Syabas sekali lagi, keep up the good work dan semoga semua usaha kita bersama demi bangsa dan tanahair terus diberkati Allah SWT, insya-Allah!,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelantikan sebagai Naib Presiden WHA itu merupakan satu penghormatan besar kepada Malaysia dan ia akan menjadi peluang untuk meneruskan peranan lebih besar dalam arena kesihatan global.
“Hari ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat (WPRCM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-72 di Himeji Jepun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah dipilih sebulat suara oleh negara anggota Pasifik Barat sebagai Naib Presiden WHA ke-75.
“WHA terdiri daripada 194 negara anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi WHO. Malaysia diberi pengiktirafan sewajarnya berdasarkan peranan aktif menerusi platform kesihatan global dalam WHA ke-69 pada 2015 dan sekali lagi pada WHA ke-75 tahun hadapan mewakili semua 37 negara anggota dari rantau Pasifik Barat,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

