Pemilik premis hiburan, pengunjung dikompaun RM260,000

Dari Penulis

SERAMAI 43 pengunjung di sebuah pusat hiburan di ibu negara dikenakan kompaun sebanyak RM235,000, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata kesemua mereka yang terdiri daripada 27 lelaki dan 16 wanita didapati melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) semasa tempoh Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Kuala Lumpur. 

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata dalam serbuan itu, kesemua pengunjung telah disaring dan ujian saringan air kencing mereka didapati negatif. 

Selain itu katanya, polis turut mengenakan kompaun bernilai RM25,000 kepada pemilik premis berkenaan.

“Polis turut merampas 431 botol pelbagai jenis minuman keras bernilai RM220,500 ekoran kesalahan di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1967 serta rampasan boleh dilucuthak di bawah Akta Kastam 1967. 

“Operasi ini akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam merealisasikan usaha kerajaan menghentikan penularan wabak COVID-19 di negara ini,” katanya.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas dituduh ‘rampas’ kuasa PN, Tun Faisal dakwa Radzi dan Azmin sengaja digugurkan

BERSATU mendakwa tindakan menggugurkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama...

More Articles Like This