Menurut laporan, secara purata wanita menggunakan 12 produk penjagaan diri sehari. Tujuannya termasuklah untuk mendapat kesempurnaan fizikal sama ada dengan melewatkan penuaan, membentuk dan mencantikkan semula tubuh.

             Produk kecantikan organik bermaksud sekurang-kurangnya 95 peratus kandungannya diiktiraf sebagai organik dan kandungan maksimum bahan sintetik ialah lima peratus.

             Secara purata, seorang wanita meluangkan masa sekitar 450 hari untuk menyapu mekap di wajah di sepanjang hayatnya.

             Dianggarkan 25 peratus aluminium disemburkan setiap kali anda menggunakan semburan celah lengan setiap hari. Untuk makluman, unsur aluminium yang boleh menyebabkan Alzheimer boleh juga didapati dari kuali non stick.

             Sehelai rambut manusia berukuran 80,000 nanometer (nm), sel darah merah (7,000 nm) dan molekul air (0.3 nm). Teknologi nano yang banyak diaplikasikan pada produk kosmetik mempunyai julat 0.2-100 nm.

             Di sebalik botol dan pakej pembungkusan produk yang menarik dianggarkan lebih 100,000 bahan kimia yang didaftarkan di European Inventory of Existing Commercial Substances (EINECS). Di Amerika Syarikat sekitar 75,000 bahan kimia yang didaftarkan untuk digunakan. Syarikat-syarikat produk kosmetik terkenal lazimnya menggunakan lebih 10,000 jenis bahan kimia.

             Tahukah anda, 70 peratus produk yang disapukan pada wajah dan tubuh akan mencari jalan untuk memasuki sistem tubuh kita.

             Kurangkan pendedahan anda terhadap bahan kimia sintetik sewaktu hamil dan elakkan mengaplikasikannya kepada bayi dan kanak-kanak kecil, kerana kulit mereka mampu menyerap dengan lebih baik dan pantas.

             Pewangi (Parfum) merupakan gabungan lebih 100 bahan pewangi kimia sintetik. Kebanyakannya boleh menyebabkan keradangan kulit, alahan dan kulit sensitif.

             Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, dunia telah menyaksikan fenomena peningkatan penggunaan bahan kimia sintetik dalam hampir dalam kebanyakan produk isi rumah. Setiap tahun dianggarkan 1,000 bahan kimia baru masuk ke pasaran. Dan kita hanya bergantung kepada pengeluar kosmetik bagi memastikannya diuji terlebih dulu dan selamat digunakan.

————————

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam