Tiga sekeluarga maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung lori pasir dalam kejadian dekat Kluang hari ini./ Gambar media sosial Bomba

SEORANG wanita bersama datuk dan neneknya terbunuh selepas Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan lori pasir dalam kejadian di Jalan Johor Kampung Pinggir, dekat Kluang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kesemua mereka difahamkan dalam perjalanan untuk mengambil ubat di Simpang Renggam.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Md Nor berkata, mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu, Izzah Shahirah Sahri, 22, datuknya, Md Salleh Kosran, 75, dan neneknya, Miskina Naining, 70.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian Mers999 dan sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dengan kekuatan keseluruhan seramai tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Terdapat tiga mangsa tersepit dalam Perodua Alza dan anggota kita bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Pemandu lori, Mohmad Talib Supardi 52, tidak cedera dan operasi ditamatkan pada 11.25 pagi,” katanya seperti portal BH Online.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram