HANYA kerana menukar saluran televisyen hingga menyebabkan pertengkaran, seorang warga emas tergamak mengelar leher anaknya sehingga mati di Bernam Jaya, Hulu Bernam, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, suspek berusia 71 tahun dilaporkan telah bertengkar dengan anak kandungnya berusia 37 tahun selepas mangsa menukar saluran televisyen.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada suspek pada pukul 12.55 tengah hari.
Beliau berkata, suspek memberitahu telah pergi ke kedai di Taman Bernam Jaya dan sebaik sahaja pulang ke rumah mendapati anaknya terbaring tidak sedarkan diri dengan berlumuran darah di ruang tamu.
Menurut Arsad, suspek turut memaklumkan leher anaknya telah luka dan darah telah keluar menerusi kepala dengan suspek memberitahu jiran supaya menghubungi polis.
“Siasatan polis mendapati leher mangsa terdapat kesan kelar yang dalam bukan berpunca daripada bunuh diri dan dilakukan pihak ketiga.
Baca artikel berkaitan: Angkara cemburu, penganggur bunuh dan tanam mayat teman wanita
“Suspek kemudiannya menyatakan telah bertengkar mulut dengan mangsa akibat anaknya telah mengubah siaran televisyen.
“Daripada pertengkaran mulut itu, suspek telah bertindak menolak mangsa sehingga terkena dinding dan jatuh ke lantai.
“Suspek kemudiannya bertindak mengambil pisau di dapur sebelum bergelut dengan mangsa sehingga menyebabkan mangsa ditoreh di leher sebanyak tiga kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Arsad berkata, bertindak atas maklumat itu, polis telah melakukan serbuan ke rumahnya dan merampas sebilah pisau berukuran lebih kurang lapan inci yang dipercayai digunakan untuk mengelar anaknya.
Katanya, ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif manakala semakan mendapati warga emas itu tidak mempunyai rekod lampau.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Polis percaya dengan tertangkapnya suspek ini telah berjaya menyelesaikan kes bunuh sekali gus meningkatkan kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap polis,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

